asif kathira….

April 2nd, 2007 by baiel

salam panglima membuka bicara….

sekadar ingin memberitahu…

saya akan berhenti utk meng"update" blog frenster ini…

dan akan fokus pada blogger saya…

sila lawati blog saya di URL ini…

( http://hafizbaiel.blogspot.com/ )

" amanah ini bukan hak milik…tapi anugerah…"

MASIHKAH ADA HARI SABTU & AHAD UTK KU…

February 13th, 2007 by baiel

PERSOALAN YANG NYATA : JAWAB????

” ada seorang teman serumah sewa di kajang bertanya ”
” Engkau ni, hari sabtu & ahad tak pernah ada kat rumah ”
” ada saja pgrm kau, ke JB lah, Perak lah, Fraser hill lah, …ada ada jer….”

” apa yang mampu saya lakukan, hanyalah mencoretkan sebingkis senyuman kepadanya, ”
” kerna diri ini pasti, jika saya memberi jawapan & penerangan kepada nya, sudah pasti dia akan
tidak mengerti..” ( dalam hati : kan bagus jika dia juga bersama2 saya di medan ini…amin!! )

Alangkah bagus dan indahnya jika dia berpeluang untuk membaca Blog saya ini, mungkin segalanya akan terjawab tanpa saya bazirkan setitis pun air liur kurniaan ilahi ini. Tetapi diri akur dan sentiasa memahami akan kesibukan sahabat2 lain di rumah, semoga Redha Allah mengiringi kamu sekalian alam…

PERKARA YANG LEPAS : USAH DILEPASKAN…

so, di sini suka saya kongsikan beberapa sedutan program2 yang telah memenuhi jadual saya sepanjang 2 bulan yang lepas. Semuanya sememangnya mempunyai agenda nya yang tersendiri…

Sedutan Program-program yang lepas…. :

1. ( 23,24 & 25 Nov 06 ) = PPN / PPWN di Cheras Kuala Lumpur.
2. ( 2 Dis 06 ) = Hadiri majlis kahwin Akob di Klang.
3. ( 3 Dis 06 ) = Hadiri majlis kahwin sedara di Shah Alam
4. ( 7,8,9 &10 Dis 06 ) = Pgrm X-Pert di Johor.
5. ( 16 & 17 Dis 06 ) = Pgrm Dakwah non-Muslim di S.Alam & Sunway pyramid.
6. ( 23,24, &25 Dis 06 ) = D2C-R2J di Sekitar Johor Bahru & Menderu bersama R2J
7. ( 5 & 6 Jan 07 ) = Melawat Melaka secara individual…
8. ( 12 & 13 Jan 07 ) = PKN 07 & TiTiAn 07 di Area bangi.
9. ( 19-21 Jan 07 ) = KRJ di Megah Ria JB, Bersama kelab Igra’, Deru di B.pahat.
10. ( 26 & 27 Jan 07 ) = Takdir 07 di Fraser Hill
11. ( 2 & 3 Feb 07 ) = Pgrm Motivasi di SM Teknik Slim River
12. ( 9 & 10 Feb 07 ) = ziarah ke singapura..

Demikian lah beberapa sedutan program yang telah selamat saya lalui dgn bantuan Allah swt.. apa yang pastinya semua pgrm ini ada kesan dan hikmah nya yang tersendiri…

PERKARA AKAN DATANG : BERSIAP SIAGA LAH….

Seterusnya ialah, program yang telah saya catatkan di dalam diari saya, insyaAllah akan saya penuhi semua catatan saya ini dgn jayanya…semoga Allah meredhai segala usaha yang tidak seberapa ini…amin…!!!

1. ( 16 -18 Feb 07 ) = Pgrm Tamrin + Jaulah Karisma Johor di JB..
2. ( 24 & 25 Feb 07 ) = Pgrm MIN 07 di hulu selangor…
3. ( 3 & 4 Mac 07 ) = Pgrm KRJ Kendiri di SMK Sri Lalang Kluang.
4. ( 17 & 18 Mac 07 ) = Prgm KRJ Kendiri di Masjid Taman University.
5. ( 24 & 25 Mac 07 ) = Prgm KEMWI KRI di johor…..
6. ( 7 & 8 April 07 ) = Prgm KRJ Kendiri di SDAHA Pontian
7. ( 21 & 22 April 07 ) = Pgrm KRJ Kendiri di SMK Desa Skudai.

demikian pula hal nya program2 yang menyusul di diari saya, apa yang pastinya masih ada ruang2 kosong di dalam diari saya, mungkin akan muncul beberapa prgm mendatang yang saya sendiri tidak mengetahui nya….

BUKAN SEKADAR PROGRAM BIASA : TAPI PENUH BERMAKNA…

walaupun saya terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru hampir 3 kali dalam sebulan, namun ianya tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus bersama dan berprogram serta beramal untuk masyarakat di sana, bukan saya tidak mahu bersama sahabat2 di kL, tetapi saya merasakan suatu tanggungjawab untuk bersama sahabat2 di jB…

ala kulli hal, setiap program yang saya lalui, bukan lah sekadar berprogram semata-mata, tetapi ada strategi dan perancangan yang telah saya rangkakan, mungkin hasilnya bukan sekarang, esok atau pun lusa, tetapi mungkin memakan beberapa tahun..

yang pasti ” Amanah Ini Bukan Hak Milik…Tetapi Anugerah…”

wassalam…

Bai : akan sentiasa update catatan terbaru program dari masa ke semasa…amin…

TAKDIR BUKIT FRASER … ( 2 )

January 29th, 2007 by baiel

*** SAMBUNGAN DARI KISAH PERTAMA ***

TAZKIRAH SUBUH 2 : ( oleh - akhi awang armadajaya )

Setelah puas berehat, Tanggungjawab sebagai seorang muslim tiba kembali, solat subuh 2 rakaat kami sempurnakan secara berjemaah…kemudian disusuri dengan al-mathurat sughra yang sentiasa menjadi mainan di bibir seorang murabbi…

Tazkirah subuh kali ini agak special, lebih special dari " Christmas Sales "… apa yang special nya ialah ianya di sampaikan oleh akhi Awang Aramadajaya, memang cukup hebat REMINDER yang di berikan.

Saya cukup kagum dgn kekuatan akhi awang serta ikhwah2 yang lain yang sanggup datang dari jauh untuk bersama kami, walaupun sekadar datang untuk memberi sedikit TAZKIRAH kemudian pulang ke lokaliti semula untuk memberi pengisian di program2 lain…( bila lah agak2 nya saya akan jadi seperti mereka yer…!!! )

Tazkirah akhi awang berkesudajhan dengan sejuta kepuasan, memang cukup beerti tazkirah beliau, walaupun terdapat beberapa peserta yang syahid di medan tazkirah herzegovina…

selesai tazkirah, akhi awang terus meminta diri untuk pulang kerana ada satu slot yang perlu beliau berikan di bangi…jazakallahu khairan kathira akhi awang…

KADERISASI TARBIYAH  : Chit Chat Halaqah …

menu sarapan ialah jempuk ( loghat org kelate ), serta beberapa keping roti telur, memnag enak sungguh sarapan pagi itu. selepas puasenjamu sarapan yang disediakan…

kami mula berkumpul di tempat diskusi untuk slot seterusnya, iaitu kaderisasi tarbiyah di UIAM…akhi safwan telah memberi sedikit sebanyak latar belakang ttg situasi tarbiayh di UIAM yang terkini…

kemudian, slot tersebut di teruskan dengan Chit Chat Halaqah. Kali ini ikhwah2 yang bergelar Murabbi di kehendaki berkongsi berkenaan hambatan-hambatan yang dilalui semasa mengedalikan halaqah. Dalam masa yang sama akan ada tips-tips dari ikhwah yang lain bagi mengatasi hambatan2 yang pelbagai itu…

** sedang asyik kami berdiskusi…kami terpaksa berhenti untuk memberi laluan kpda Ustaz Shamsul…***

Slot 4 : KAMPUS KITA , TANGGUNGJAWAB KITA ( oleh - Ustaz Syamsul )

Ustaz syamsul merupakan seorang GPK di sebuah sekolah swasta berhampiran UIAM gombak. Beloiau juga mereupakan salah seorang org kuat CTS yang beroperasi di seri kembangan.

Ustaz Syamsul banyak menekan kan betapa perlu nya kita berkerja keras demi memartabatkan syariat islam di kampus masing2. Ustaz juga sempat menceritakan sedikit latar belakang beliau sepanjang hampir 30 tahun berkecimpung dengan kancah tarbiyah ini…

ramai juga orang2 hebat adalah dikalangan sahabat2 ustaz semasa bersekolah di kolej Islam dulu. Slot ustaz berakhir pada jam 12.15 tgh…mmg cukup padat dan mantap slot yang telah di utarakan….syukran jazilan ya ustaz….

** SAMBUNGAN CHIT CHAT HALAQAH ***

Selepas bergambar bersama ustaz, kami kembali berdiskusi ttg Chit Chat Halaqah yang terhenti sebentar tadi. Alahmdulillah memang terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang telah dikongsikan bersama…macam ni baru boleh jadi Super Duper Murabbi…huhu….

Chit Chat kami berakhir pada jam 2.00pm…erm!!! nampak nya para petugas yang bertugas di bghn dapur sudah mula menjalankan tugasan yang dipertanggungjawabkan…

TAKDIR : SUATU RESOLUSI…..

Sementara menunggu masakan siap di masak, kami bersyurah untuk melakukan resolusi terlebih dahulu, resolusi ini penting bagi memastikan sejauh mana keberkesanan program TAKDIR ini…

alhamdulillah, pelbagai pendapat dan idea telah diketengahkan. Memang hasil dari TAKDIR ini cukup untuk menampung kekurangan murabbi yang sedia ada di kancah tarbiyah dewasa ini. Kusangkakan Hujan di siang hari, rupanya banjir turun di JB…hehe…

PALESTIN KELAPARAN : KITA KEKENYANGAN

maka tibalah kami di penutup pgrm, saat ini jam mula menunjukkan ke arah 4.00pm, masakan sudah pun terhidang, menurut akhi ammar, beliau mahu memastikan bahawa semua lauk yang dibawa mesti habis di masak, maka makanan tengah hari itu adalah makanan yang terbanyak pernah saya makan.

rasanya satu talam itu bukan untuk 5 org, tetapi untuk 9 org punyer makan, tetapi kami dipaksa menghabiskan juga segala apa yang telah terhidang. Nak tak nak kami terpaksa menutup mata dan makan tanpa kenal erti kenyang…ibarat buaya kelaparan di hidangkan daging gajah…..maka bergelimpangan lah tubuh murabbi yang memang cukup kekenyangan itu…..

saya sendiri terpaksa menjadi insan yang bisu sebaik sahaja makanan tersebut habis di hadam…takut jika banyak cakap, terkeluar pulak makanan tadi…

saat itu juga meningatkan kami terhadap saudara2 kami yang sedang menderita di palestin, iraq, johor bahru, indonesia dan sebagainya…bala bencana serta peperangan sudah semestinya mengakibatkan mereka menghadapi gencatan makanan….tetapi kami di fraser hill menhadapi RENCATAN KEKENYANGAN….

SOLAT JAMA’ : PENUTUP BICARA….

Selesai makan, kami susuri dengan solat jama’ takhir secara berjemaah.. Solat jama’ ini juga menandakan berakhirnya program TAKDIR FRASER HILL kami yang terlalu banyak memberi manfaat kepada kami bagi mewarisi generasi murabbi…

selepas berkemas, kami mula memenuhkan kenderaan dengan barang2 dan segala peralatan yang dibawa dari UIA…kami juga sempat bergambar dengan pelbagai possing.

SELAMAT TINGGAL : FRASER HILL : ** AWAS BENCANA M*NT*H ……***

DOA RABITAH menjadi agenda terakhir kami sebelum masing2 menaiki kenderaan dan meluncur laju meninggalkan banglo uda yang banyak berjasa. Kami sempat singgah sebentar di pusat bandar fraser hill untuk bergambar dan membeli sedikit petrol..( Tak perasan petrol dah nak habis…)….

petrol yang di beli mmg ckup mahal, RM 14 untuk 5 liter…( 1 liter = RM 2.80 )… kami beli sekadar cukup untuk tiba di stesen minyak yang ada di ulu yam nanti…

Perjalanan yang berbentuk S memaksa kami untuk bersiap siaga dgn bencana m*nt*h….saya mengambil kesempatan untuk membuka SUNROOF estima dan mengeluarkan kepala dari atas bumbung kereta tersebut….mmg ckup indah pemandangan yang ada, sehingga beberapa ekor monyet pun pelik dan hairan dgn keJAKONan kami…

selepas 30 minit bergerak, kami terpaksa berhenti kerana beberapa ikhwah telah dilanda bencana m*nt*h, mungkin akibat terlalu mabuk dan pening dgn jalan berbentuk S tersebut….

Perjalanan kami seterusnya berjalan dgn lancar sehingga tiba di kawasan batu cave, kelihatan ramai golongan yang beragama hindu menyempurnakan upacara keagamaan mereka, ada yang seakan2 berpakaian ihram, ada yang seakan2 bercukur, dan macam2 lagi …..

kani seterusnya tiba di UIA pada jam 9.00mlm…..

AIR BUAH : MANIS NYA UKHWAH….

Sebelum pulang ke rumah sewa di kajang, Danny sempat belanja saya segelas air buah made in UIA…mmg sedap airnya, jazakallah danny….semoga ikatan ukhwah yang terbina ibarat air buah…….

seterusnya…saya pun pulang lah ke rumah sewa dgn :

seribu senyuman…
seribu kepuasan…
seribu kepenatan…
seribu kesejukan…

semoga akan ada lagi program yang seperti ini untuk saya hadiri…..

sekian…..

bai : SEMOGA aLLAH MEREDHAI SEGALANYA…..

TAKDIR FRASER HILL…(1)

January 29th, 2007 by baiel

TAKDIR sebuah pengertian..

TAKDIR adalah ketentuan Allah swt terhadap hambanya sejak azali lagi, tetapi takdir Allah bukan lah terletak kepada " Kun faya kun " semata-mata, takdir Allah mesti lah didahului dengan usaha yang terbaik oleh manusia itu sendiri.

Untuk TAKDIR yang saya beri pada tajuk saya hari ini adalah Shortform kepada " TAMRIN AKADEMIK MURABBI SUKSES ".

Sila ikuti kisah dan pengalaman saya di bawah.

MUQADDIMAH…

Alhamdulillah, untuk makluman semua sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian, pada hujung minggu lepas, saya berkesempatan untuk berprogram bersama ikhwah’s K-UIA di sebuah pusat peranginan iaitu Bukit Fraser.

Program yang diberi nama TAKDIR ini adalah program TAMRIN terbaik dan terkesan bagi diri saya, juga sahabat2 yang lain.

BUKIT FRASER...

Sebuah pusat peranginan yang terletak di hulu negeri pahang ( kalau tak silap lah..), ianya berdekatan dengan Genting highlang, walaupun ketinggian nya tidak setanding dengan G.Highland, tetapi kesejukan dan ketenangan nya jauh lebih baik dari g.Hihgland yang kian panas di mamah maksiat.

Bukit fraser adalah tempat yang paling sesuai untuk berkonfrens kerana suasana yang damai dan tenang, mungkin di atas dasar ini lah pihak penganjur memilih bukit fraser sebagai lokasi TAKDIR kali ni.

PERJALANAN " FORMATED SAMA "…

Perjalanan kami diterajui oleh Sebuah Unser, sebuah Estima dan sebuah kereta Renault milik akhi ammar zain. Perjalanan yang mengambil masa 2jam 30 minit itu mmg mencabar bagi sesiapa yang pertama kali menempuhnya. Menurut Mujahid di dalam Gurauan nya, actually Filem INITIAL D tu dulu nak buat pengambaran di laluan ke Bukit Fraser tu, tetapi di sebabkan suhu malaysia yang agak lembab dan kerap hujan, maka pengambaran filem tersebut terpaksa dibuat di Jepun….hehe…( Danny tertipu lagi…)

Tetapi di sebalik kegerunan laluan tersebut, tersembunyi sejuta pemandangan yang mempesonakan, semasa di dalam perjalanan, kami dapat melihat 2 tasik ( EMPANGAN ) yang sungguh cantik pemandangan nya…Subhanallah!!!…juga background gunung ganang dan bukit bukau yang sentiasa menjadi wall paper perjalanan kami.

setiba di kaki bukit fraser, jam sudah mula menerjah ke 7.45mlm, perjalanan mula sukar bagi pemandu amatur seperti kami, yang peliknya, jalan yang mula mendaki bukit fraser itu seakan2 sama sahaja formatnya, berbentuk S sehingga lah tiba di pusat bandar Bkit fraser. Hal itu membuat kami mula mempesoalkan dan berdiskusi berkenaan Arkitek serta Engineer yang mebina laluan tersebut….

BANGLO UDA HOLDINGS…

alhamdulillah, tepat jam 9.15mlm, kami pun tiba di lokasii pgrm kami, Banglo Uda holdings, Subhanallah mmg hebat dan mantap banglo ini. Mmg sesuai untuk kami yang akan memerah otak demi merealisasikan pgrm TAKDIR ini. Banglo yang dilengkapi dengan 10 Bilik , 2 hall berTV, sebuah ruang makan dengan 3 Set Meja makan, Sebuah bilik Conference, serta Sebuah laman untuk aktiviti sukan juga sebuah gelanggang serba guna.

Kehadiran kami seramai 20 ikhwahs, telah menakdirkan kami bahawa 1 bilik 2 org…fuh!!! mmg cukup selesa, tatkala itu juga Program Coodinator ( Mujahid ) terus membri arahan, " make sure semua ikhwahs tidah stay dengan orang yang mereka kenal…." ( erm! rasanya semua saling mengenali kot….. )

SLOT 1 : SIKAP MUROBBI ( oleh- Ustaz Shamsuri )

Selepas menjamu selera dan selesai solat jama’ takhir, malam tersebut kami di hidang pula dengan Slot pertama kami yakni " SIKAP MURAOBBI " yang di sampaikan oleh Ustaz Shamsuri. memang cukup mantap pengisian yang di beri.

Ana dapat juga menyalin dan mengamalkan Tips2 yang telah di beri seperti :

- TITIAN*

- SKIBP*

( * insyaAllah akan ana kongsikan di ruanagna akan datang. )

apa yang pastinya, slot tersebut sedikit sebanyak dapat memberi ilmu kepada kami ttg sikap yang perlu ada bagi seorang Murabbi yang juga di kenali sebagai " Al-Akh "….

HIRASAH SUATU TUNTUTAN

selesai slot pertama, kami diberi giliran untuk berHIRASAH, alhamdulillah kumpulan saya mendapat giliran terakhir yakni dari jam 3.45 am hingga jam 5.00am, jam 5.00pg adalah waktu QIAMULAIL bagi semua peserta TAKDIR ….

so, malam tersebut saya tidur dengan seribu kepenatan, yelah habis kerja terus berkejar ke UIA gombak dan terus naik Estima ke FRASER HILL….

TAK KENAL MAKA TAK…." TAARUF.."…

selepas solat subuh, kami dihidangkan dgn Tazkirah dari akhi BAD, mmg cukup mantap, tetapi ada juga yang terkulai ayu, mungkin kerana terlalu penat rasanya.

Selepas itu kami pun mula bertaaruf, kerana terdapat beberapa ikhwahs yang bukan dari UIA ( bai dan Muaz )…

taaruf kali ni agak pelik, kami dikehendaki memilih seorang sahabat lain, kemudian meng"introduce"kan dia kepada sahabat2 lain…

mmg menarik, maybe boleh di COPY dan PASTE di pgrm lain i.Allah….

selepas bertaaruf…kami pun…di hidang pula dgn Roti bakar berKAYA dan balance nasi goreng dinner malam semalam….mmg lazat lagi berkrim di sukai ramai….

SLOT 2 : SUPER MURABBI SUKSESS…

selepas khidmat diri dan menagmbil gambar di halaman banglo, slot 2 menanti kami. kali ini diterangkan bagaimana ingin menjadi SUPER MURABBI, saya ingatkan di dunia ni hanya ada Superman jer, rupa2 nya SUPER MURABBI pun ada yer….

i.Allah akan saya kongsikan di ruanagn akan datang, yang pastinya slot ini telah mengajar saya satu perkara menarik…iaitu kehebatan " CICAK…."…

CICAK ???? biarlah itu rahsia kami….nak tahu tanya sendiri yer….huhu

SLOT 3 : USRAH MUNTIJAH ( oleh - akhi raswan )

Turut bersama kami untuk pgrm TAKDIR ini adalah akhi raswan, ikhwah yang mendapat pentarbiayahan mantap di JERMAN oleh ikhwan indonesia. Akhi raswan diberi tanggungjawab untuk memberi TIPs2 yang hebat berkenaan dgn USRAH MUNTIJAH…

Juga akan saya kongsikan di ruanagn akan datang, EDISI KHAS….

BENGKEL 1 : DISKUSI " SUPER MURABBI "…

selepas menjamu lunch yang hebat lagi mantap….

kali ini, kami di beri peluang untuk berdiskusi berkenaan dgn " SUPER MUROBBI " yang di terangkan pada slot kedua tadi…erm! masing2 dapat mngeluarkan pelbagai pendapat dan pengalaman membawa halaqah tersendiri….

mmg banyak perkara yang hebat diperbincangkan….

RIADAH : BOLA MINYAK + FUTSAL FRASER HILL

selepas selesai berdiskusi, kini tiba saat nya untuk kami beriadhah di gelanggang serbaguna bamglo ini. Rasanya seperti pemain kelab eropah yang bersukan dalam suhu bawah 28 darjah celcius.

sukan BOLA MINYAK telah menjadi pilihan utma kami…hehe…kedua2 pasukan yang bertanding nampak nya terikat dengan skor 10-10…sama2 mantap….

bagi menentukan siapa juara, kami beralih ke sukan FUTSAL pula, kali ini team saya telah dengan sengaja dan rakusnya membelasah kumpulan lawan dgn jaringan 12-5…ish! ish!

RASIONAL 1 : BOLA MNYAK ….

selepas berpeluh dan berjaya menggerakkan otot2 yang ada, kami seterusnya pulang ke kamar utk khidmat diri, dan solat jama’ takdim…

selepas mendengar tazkirah ringkas ( KULTUM ), kami pula di ajak berbincang berkenaan rasional game yang kami main sebentar tadi..

alhamdulillah, ikhwahs yang ada mmg dahsyat mem"Brainstorm " segala yang ada dan menjadikan pelbagai rasional yang kreatif….

FORUM : PENGALAMAN TARBIAYAH …

malam tersebt, selepas selesai mamam dinner, kami di hidangkan pula dgn Forum PENGALAMAN TARBIYAH oleh akhi raswan ( GERMAN ), dan akhi fatah ( QYC )…

akhi raswan telah menecitakan segala pengalaman beliau dari mula hingga yang ter"UPDATE " berkenaan dgn prses tarbiayah yang telah beliau alami di GERMAN selama 8 tahun bersama ikhwah indonesia..
menurut beliau, " BELANJA MAKAN " adalh faktor beliau terjerat ke kancah tarbiyah…yes!!! seorang lagi mangsa KERACUNAN MAKANAN tarbiyah…

akhi fatah pula, banayk berceita berkenaan perjalanan dakwah di UIA ( QYC )….dan macam2 lagi….kami juga didedahkan ttg pembabitan generasi awal dakwah ikhwah di \UIAM yang dulunya hanya lah sekadar IPTA yang " cukup2 makan sahaja pelajarnya…"…( Menurut akhi fatah…huhu…)

MALAM KEDUA..

selesai forum, mata kami sudah mula layu, di tambah dgn kepenatan beriadah ptg tadi, kali ini kumpulan saya mendapat giliran pertama hirasah, nak tak nak kami kena stay sampai pukul 1.15am,

alhamdulillah mlm tersebt menjadi malam kedua kami di FRAser hill……..

***** TUNGGU SAMBUNGAN KISAH INI DI MASA AKAN DATANG,…JIKA PANJANG UMUR…I.ALLAH..*****

Ada Apa Dgn ” K ” ?

January 25th, 2007 by baiel

1 - dalam banyak2 " K "….. " K " apa yang tinggi dan kembar ???
    = KLCC….

2 - dalam banyak2 " K "….. " K " apa yang Sedap hingga menjilat jari kaki ..??
    = KFC

3 - dalam banyak2 " K "….. " K " apa yang ada kaitan dgn Malaysia ???
     = KL

ok…soalan cepu emas….

4 - dalam banyak2 " K "….." K " apa yang motto nya " Ke arah remaja Soleh Wa
                                              Musleh " … ???

   = KRJ….

Betol!!!! Tepat sekali…

KRJ = Kelab Remaja JIM….

….. " Ke Arah Remaja Soleh Wa Musleh "…

faiz Abdullah…

January 25th, 2007 by baiel

salam…

erm…sekadar untuk berkongsi cerita…

tahun 2001, merupakan tahun honeymoon bagi saya sebagai pelajar tingkatan 4 di sekolah menengah kebangsaan tun perak jasin melaka…

biasalah, form 4 kan agak relax ckit…masa ni jugak ada seorang junior yang rasa-rasanya paling kecik dalam sekolah kami, masa tu dia form 1…

so sebagai senior yang mmg sentiasa suka menyakat junior ( menyakat bukan menjerat tau !!! )…junior paling kecik ni mmg selalu menjadi bahan lawak saya, yang menghairankan dia ni agak redha jer…

kebetulan dia satu dorm dgn saya, rasanya katil sebelah2 kot…erm! akibat terlalu banyak bermain-main, kalau tak silap saya, saya pernah buat dia menangis yang teramat dasyat…Cuak jugak masa tu, rakan2 kat dorm mula menakut2 kan saya… nak tak nak !! terpaksa pujuk sampai dia berhenti nangis,,,FUh!!! macam2 ayat yang saya gunakan…( dah tak inagt ayat apa…)…lama kelamaan kami menjadi rapat, tapi rapat2 biasa jer..tapi buli tetap buli…hehe…

actually, budak junior tu baru je saya jumpa petang tadi…lebih kurang jam 5.oo ptg di kompleks beli belah MINES…lama jugak kami borak dan bertukar pendapat… dia sekarang berada di Matriks Kedah, yang peliknya..kat kedah takde kedai gunting rambut ke??? coz rambut dia dah bole buat MOP tau…huhu…

what ever pun…ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah…

budak kecik tu di beri nama Faiz bin Abdullah….ish!…ish!!…

Lebih Selesa Kekadang Seksa…

January 16th, 2007 by baiel

Bulan ini, sudah lima tahun saya berumahtangga, bergelar suami kepada seorang isteri. Sungguh pantas masa berlalu. Sudah separuh dekad, saya dan isteri menempuh kehidupan yang penuh dengan pelbagai teladan dan sempadan.

Perkahwinan kami tidak susah. Ketika saya mengambil keputusan untuk memperisterikan beliau, saya hanya berpandukan kepada fatwa hati. Dengan sedikit maklumat tentangnya, dan gambar yang langsung tidak membolehkan saya mengecam rupanya, saya berpegang dengan pesan Nabi SAW bahawa hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan. ‘Orang tengah’ yang juga merupakan sahabat saya memahami keputusan tersebut.

Hati saya tenang.

Sebelum membuat keputusan muktamad, saya ke masjid untuk solat Isyak dan Tarawih. Malam Ramadhan yang cerah, saya menadah tangan memohon daripada Allah agar memberkati pilihan saya ini.

Cuaca dingin Disember 1999 di Kota Dublin mengiringi saya pulang dari Masjid di South Circular Road. Saya merenung langit. Kerlipan bintang bukanlah suatu pemandangan biasa di Ireland. Lazimnya siang dan malam kami diselubungi awan tebal. Namun saya semacam lega. Membuat keputusan yang baik pada malam yang baik.

Hati saya terus tenang.

Saya bersetuju menerima ‘lamaran orang tengah’ tersebut dan subhanallah, bakal isteri saya juga menyatakan persetujuannya menerima sebelum melihat diri saya. Persetujuan disampaikan melalui telefon kepada ‘orang tengah’ dan saya menyambutnya dengan syukur.

Mungkin terlalu sukar untuk dibayangkan bagaimanakah begitu mudah kami berdua bersetuju untuk saling menerima, sebelum berkenalan, keluar makan-makan, berbalas-balas surat, seperti yang selalu diamalkan hari ini?

Ya, bukan sahaja orang lain, malah ahli keluarga saya sendiri kehairanan.

Kali pertama saya bersua muka dengan bakal isteri saya ialah di hadapan ibu serta bapanya.

“Tarikh bertunang sudah dipersetujui, cuma ‘mak’ nak tanya sesuatu. Kamu pernahkah melihat yang empunya diri?”, bakal ibu mertua saya bertanya. Beliau sudah pun membahasakan dirinya sebagai ‘emak’.

“Belum, mak.”, saya menjawab sambil tersenyum.

Saya dapat melihat wajah abang saya yang begitu terkejut. Macam mana adiknya boleh bersetuju untuk berkahwin dengan seorang yang belum pernah ditemui? Ia terlalu ganjil untuk zaman ini. Di hadapan kedua ibu bapa, kami bertemu buat pertama kali.

Rakan-rakan yang mendapat tahu tentang pertunangan saya dengan seorang ‘bakal doktor’ amat terkejut.

“Anta gilakah, Hasrizal? Kahwin dengan doktor! Anta tak takut kena tinggal?”, tanya seorang rakan saya.

“Nabi SAW lagi sibuk dari saya. Isteri baginda lebih sibuk dari seorang doktor. Tapi rumah tangga mereka adalah yang paling bahagia. Tentu ada formulanya!”, saya menjawab dengan selamba.

Mudah sahaja jawapan saya itu. Namun saya memang sentiasa memikirkan tentangnya. Sampai begitu sekali persepsi kawan saya. Gilakah saya ini, kerana mahu memperisterikan seorang doktor?

Cabarannya memang besar.

Cabaran pertama adalah soal harga diri. Melalui didikan Islam yang kami terima dalam kuliah, tamrin, usrah dan bacaan buku, perkahwinan antara seorang ustaz dengan seorang doktor tidak pernah dianggap tidak sekufu. Apa yang penting, kedua-duanya saling berpegang kepada nilai-nilai Islam. Kami menilai kehidupan dengan penilaian yang sama dan di situlah keserasian serta persamaan itu wujud.

Namun kehidupan ini tidak seideal itu. Kami perlu berhadapan dengan persepsi masyarakat. Seandainya kami mudah tergugat oleh “apa yang difikirkan oleh orang lain”, maka tentunya kami akan keletihan menangkis sinis dan sindiran yang ada. Apalah yang ada pada seorang ustaz, jika ukurannya adalah pada sebuah kebendaan? Apakah yang mampu ditawarkan oleh seorang ustaz kerana ‘ilmu agama’ tidak pernah menjanjikan kekayaan bagi pejuangnya. Kami saling menerima, atas realiti itu.

Cabaran kedua adalah soal komitmen kerja. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan berumahtangga adalah sesuatu yang amat mencabar bagi seorang doktor. Khususnya di peringkat housemanship (juga disebut internship). Seorang suami kepada seorang doktor akan lebih banyak ditinggalkan kerana jadual oncall yang tidak berperi kemanusiaan. Bayangkan, seorang doktor yang baru memulakan kerjayanya di sebuah hospital, masuk kerja pada jam 8 pagi hari Isnin. Beliau habis bekerja pada jam 5 petang hari Selasa, malah kadang-kadang terlajak hingga ke jam 8 malam. Keesokan harinya, Rabu, beliau akan ke hospital semula pada jam 8 pagi dan tamat kerja pada jam 5 petang hari Khamis.

Rutin begitu, menyebabkan seorang kawan saya mencadangkan supaya isterinya tidak balik ke rumah. Tidurlah di hospital. Biar dia sahaja yang datang melawat isteri di hospital. Itu lebih baik dan melegakan bagi si isteri.

Sanggupkah saya untuk berhadapan dengan semua itu?

Saya bersyukur. Ketika saya membuat keputusan untuk berumah tangga dengan seorang doktor, apa yang saya fikirkan ialah peluang saya untuk berbuat kebaikan. Saya gembira membayangkan betapa saya dapat mendidik isteri dengan pengetahuan agama Islam. Saya gembira dapat memasak yang sedap-sedap untuk isteri (sudah jemu untuk menjamu kawan-kawan bujang yang tidak pernah kenyang). Saya gembira membayangkan suatu hari nanti jika ada rezeki, saya dapat mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak. Malah paling menggembirakan, perjuangan saya di medan Amal Islami dapat dikongsi bersama seorang isteri. Ia menyempurnakan sudut kehidupan saya.

TUJUAN BERUMAHTANGGA

Tanpa saya sedar, saya mendapat kekuatan untuk menerima kehadiran seorang isteri yang bakal sibuk, maha sibuk. Kekuatan itu datang dari satu prinsip hidup saya yang penting, “ERTI HIDUP PADA MEMBERI”.

Ya, saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Saya berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu adalah peranan saya di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya saya menerima apa-apa kebaikan dari isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun kebaikan itu.

Saya masih ingat pesanan seorang senior saya di Belfast.

“Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”, kata Kak Naz dan Abang Rozli semasa saya menyuarakan rancangan saya untuk berumah tangga.

Nasihat itu saya pegang hingga hari ini.

DIIJABKABULKAN

Setelah dua tahun kami bertunang, saya diijabkabulkan pada 14 September 2001 oleh ayah mertua saya sendiri. Dengan hanya sekali lafaz, sahlah hubungan kami sebagai suami dan isteri, seperti yang kami doakan.

Kami tidak berpeluang untuk lama berada di Malaysia. Kepulangan ke tanah air untuk melangsungkan perkahwinan hanya ada 8 hari. 4 hari selepas kenduri, saya dan isteri meninggalkan Malaysia untuk menyambung kembara kami di bumi Ireland.

20 September 2001, saya dan isteri melambaikan salam perpisahan kepada dua keluarga yang berkumpul di KLIA buat pertama kalinya. Perjalanan kami ke Ireland, diselubungi sedikit rasa bimbang kerana kami menaiki pesawat ke New York via Shannon (Ireland), 9 hari selepas WTC runtuh. Kawalan keselamatan yang amat ketat semasa transit di Amman, Jordan sungguh merimaskan. Kami tiba di Shannon pada pagi 22 September 2001 dan syukur semuanya berjalan lancar.

Rumah pertama kami adalah sebuat bedseat kecil di Inchagill Road, Newcastle, Galway. Ketika itu saya masih menunggu proses untuk menyelesaikan tawaran kerja saya sebagai Imam di Belfast Islamic Centre, Ireland Utara.

Kehidupan berumahtangga kami pada 3 bulan pertama, sudah menampakkan cabarannya. Isteri saya amat terbeban dengan tugasnya sebagai JHO di NUIG Hospital. Namun saya bersyukur kerana mempunyai serba sedikit keupayaan untuk menguruskan rumah tangga. Sayalah yang memasak, menghantar makan kepada isteri seandainya beliau oncall dan seterusnya menguruskan hal ehwal rumah. Mind-setting berumah tangga untuk memberi, amat kuat dalam membekalkan rasa gembira di sepanjang pengalaman itu.

Dua bulan selepas berumah tangga, saya dipanggil bertugas secara rasmi di Belfast Islamic Centre. Walaupun kedua-dua bandar itu terletak di pulau yang sama, jarak yang memisahkan tidak memungkinkan kami untuk sering bertemu. Saya terpaksa meninggalkan isteri sendirian di Galway untuk memulakan tugas di Belfast, 8 jam perjalanan dengan menaiki keretapi, melalui Dublin.

TERPISAH

Kami berpisah. Ia tidak mudah. Namun kerana ‘ada’nya Allah, kami saling merestui pengorbanan ini. Seperti yang Ustaz Pahrol Mohamad Juoi tuliskan di dalam lirik nasyidnya, “Bertemu tidak jemu, berpisah tak gelisah”.

Selepas 6 bulan isteri saya berkhidmat di NUIG Hospital, beliau berpindah ke hospital lain di Letterkenny yang terletak hampir 5 jam perjalanan ke utara Galway. Kali ini isteri saya sudah tidak terlalu jauh. Letterkenny hanya 3 jam perjalanan dengan menaiki bas ke Belfast.

Tetapi, saya pula menghadapi kesulitan untuk melawatnya di Letterkenny. Saya bertugas sebagai Imam dan dalam masa yang sama menjadi Pengetua di Belfast Islamic School. Sekolah itu beroperasi paling utamanya di hujung minggu. Maka pada hari Sabtu dan Ahadlah saya menjadi paling sibuk. Oleh itu, isteri sayalah sekali lagi banyak berkorban. Setiap Jumaat selepas habis bekerja, beliau akan menaiki bas menuju ke Belfast.

Saya pula banyak menghabiskan masa di masjid dan sekolah di sepanjang Sabtu dan Ahad. Jika mendapat kelulusan Direktor Masjid, maka barulah saya berpeluang untuk menemani isteri pulang ke Letterkenny pada hari Ahad dan pulang semula ke Belfast pada pagi Isnin. Demikianlah kehidupan kami di sepanjang 6 bulan kedua perkahwinan.

Isteri saya telah mengandungkan anak pertama kami ketika bertugas di Galway lagi. Maka di sepanjang perkhidmatannya di Letterkenny, beliau menempuh kehidupan yang amat sukar dengan keadaan kami yang berjauhan. Beberapa kali isteri saya pengsan semasa bertugas, dan mujurlah Consultant beliau begitu memahami keadaan ini. Saya dihubungi dan dinasihatkan supaya memberi perangsang dan semangat kepada isteri.

Sedikit kecewa, seorang Konsultan berbangsa Irish boleh begitu profesional dalam mengendalikan pekerja bawahannya, sedangkan beberapa orang doktor Muslim lain yang bertugas bersama isteri saya menuduh isteri saya ‘gila’ kerana mengandung semasa bekerja sebagai JHO!

MENYAMBUT CAHAYA MATA PERTAMA

Syukur Alhamdulillah, rumah tangga yang dibina tambah berseri ketika menerima ketibaan cahaya mata pertama kami, pada subuh 6 Julai 2002 di Royal Maternity Hospital of Belfast. Selepas azan dilaungkan, saya namakan anak kecil yang comel ini sebagai Muhammad Saiful Islam bin Hasrizal.

Isteri saya bercuti selama hampir 6 bulan. Apabila beliau kembali bertugas sebagai SHO Haematology di NUIG Hospital di Galway, saya terpaksa meninggalkan Belfast. Tidak dapat dibayangkan kami hidup berpisah selepas mempunyai seorang anak.

Selepas mengikut isteri berpindah ke Selatan, kehidupan kami semakin bahagia. Saya berasa agak tenang kerana selama bertugas di Belfast, saya sentiasa berada di dalam keadaan tertekan. Sama ada disebabkan oleh bebanan kerja, mahu pun oleh gangguan polisi-polisi kerajaan Britain yang amat menyusahkan kehidupan saya sebagai seorang Imam.

Republic of Ireland lebih tenang. Saya bertugas secara sambilan membantu Imam Khalid di Galway, khususnya untuk mengimamkan Solat Jumaat.

Selepas 6 bulan, kami berpindah ke Tallaght di selatan Dublin dan 6 bulan kemudian kami berpindah sekali lagi ke Naas, di County Kildare.

PULANG KE MALAYSIA

Pengajian Master saya di The Open University, UK terpaksa ditinggalkan apabila isteri saya dipanggil pulang untuk berkhidmat di Malaysia. Perjalanan kami di Ireland berakhir pada 29 Julai 2004.

Tidak lama selepas itu, rumah tangga kami diserikan pula oleh ketibaan cahaya mata kami yang kedua, puteri kami yang diberi nama Naurah Sabihah binti Hasrizal. Terasa bagai lengkap keluarga saya apabila menerima sepasang cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan. Puji buat-Mu ya Allah.

Kehidupan berumah tangga di Malaysia jauh lebih mencabar. Kami berdepan dengan kehidupan yang sibuk dan amat menekan. Kami sesekali membayangkan, kehidupan yang ‘seperti orang lain’. Habis kerja pulang ke rumah. Hujung minggu bersiar-siar di taman, membeli barang keperluan di pasar, dan melawat sanak saudara yang jauh dan dekat.

Namun, selepas bertahun kami mendirikan rumah tangga, kami tidak pernah lupa bahawa pertemuan yang menyatukan kami, adalah pada sebuah perjuangan. Sebagaimana kehidupan kami sebelum berumah tangga penuh dengan aktiviti-aktiviti Islam, membantu menyebarluaskan agama Allah, maka kehidupan seperti itu jugalah yang menghiasi perjalanan bahtera rumah tangga kami ini.

Kesibukan kami tidak pernah berkurang, malah jadual saya semakin ketat.

ERTI KEBAHAGIAAN

Beberapa hari yang lalu, saya menerima sms dari seorang pelajar yang pernah mengikuti kursus yang saya kendalikan.

Katanya, “Ustaz, apa yang saya sedar selama ini, ramai orang merasa bahagia dan gembira apabila dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga. Namun, pada hemat saya, ustaz mempunyai masa yang amat terhad bersama keluarga. Jadi, apa erti kebahagiaan dalam hidup ustaz? Harap, soalan ini mudah untuk dijawab. Bukan soalan, tetapi minta ustaz kongsi dengan saya jika tidak keberatan.”

Saya termenung. Kebetulan semasa itu saya sedang out station di Labuan. Berikut adalah jawapan saya kepadanya,

“Kebahagian rumah tangga bukanlah pada kuantiti masa yang diluangkan bersama isteri dan anak-anak. Penentunya adalah kualiti. Berapa ramai yang meluangkan banyak masa bersama keluarga, tetapi hakikatnya mereka tidak bersama. Mereka sebumbung tetapi masing-masing mengadap TV, tidak berkomunikasi. Ustaz sentiasa cuba pastikan setiap masa yang ada untuk bersama isteri dan anak-anak, digunakan sebaik mungkin untuk benar-benar bersama. Lihatlah Ismail alayhi al-Salaam. Sering ditinggalkan bapanya. Tetapi Ismail tidak pernah memusuhi Ibrahim. Mereka bertemu kerana Allah, mereka berpisah kerana-Nya jua.”

PENGHARGAAN BUAT SEORANG ISTERI

Terima kasih kepada isteri saya kerana bersabar dengan segala ujian yang menimpa kehidupan selama ini. Terima kasih kerana bersama saya menyedari bahawa kita tidak mungkin hidup tanpa ujian kerana ujian-ujian itulah sebenarnya kehidupan kita.

Terima kasih juga kepada isteri saya kerana tidak menambat kaki ini untuk terikat di rumah. Seorang isteri yang menghalang suaminya keluar berjuang, akan sentiasa memiliki suami yang sentiasa mahu keluar. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya keluar berjuang, akan sentiasa menerima kepulangan suami yang sentiasa berusaha untuk pulang. Perginya suami atas dorongan isteri, adalah pemergian yang dibayangi kepulangan.

Terima kasih kepada isteri yang mentaati Allah. Kerana ketaatan kita kepada Allah, kita tidak gelisah untuk berpisah. Saya sentiasa percaya bahawa isteri saya mentaati Allah dan dijaga oleh Allah sepanjang pemergian saya. Isteri saya juga percaya bahawa saya mentaati Allah dan dijaga-Nya sepanjang masa saya meninggalkan rumah.

Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat bercouple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah. Rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai. Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya…

Semoga cinta dan kasih kepada isteriku terus mekar pada sebuah rumah tangga yang dibina atas rasa kehambaan. Hamba yang sering memikirkan peranan, dan gemar memberi kebaikan. Apabila peranan saling ditunaikan, berhasillah segala hak yang ditentukan. Moga Allah terus mengurniakan kepadaku, isteri dan anak-anak, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup, dengan siraman barakah dari Allah, Tuhan yang kerana-Nya, kami bertemu. Ameen…

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com/

Menguruskan Fikiran Ttg Perkahwinan…

January 16th, 2007 by baiel

Majlis Akad Nikah Seorang Sahabat Yang Saya Langsungkan di Belfast Islamic Centre

Saya masih ingat kepada tulisan Ustaz Maszlee Malik tentang Fenomena Cinta Anta Anti beberapa bulan yang lalu. Anggaplah artikel saya ini sebagai penyambung kepada mesej yang sama, iaitu usaha untuk mendidik adik-adik remaja memikirkan tentang perkahwinan yang seimbang di antara tuntutan yang idealistik dengan realiti. Berlandaskan agama…

Bagi mereka yang tidak segan untuk menguruskan cinta dan perkahwinan mereka mengikut kemahuan hawa nafsu dengan membelakangkan wahyu, biarlah mereka belajar tentang akibat yang bakal ditanggung.

Di dalam artikel saya sebelum ini, saya berkongsi nasihat dengan adik-adik bahawa jika mereka yang bercouple dan buat ‘ringan-ringan’ sebelum berumahtangga akan menghadapi kesannya di masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas berumahtangga, si suami akan terfikir, “jika dengan aku dia berani berzina, apa yang boleh menghalangnya dari berzina dengan orang lain?” Kecurigaan ini menyebabkan jiwanya gelisah setiap kali meninggalkan isteri di rumah. Manakala si isteri berfikir dengan kecurigaan yang sama. Akhirnya rumahtangga itu penuh dengan syak wasangka dan pantang ada yang mencuit, pasti berbalas tuduh menuduh. Inilah yang maksudkan sebagai “dosa hari ini, menjadi kecurigaan esok dan selamanya” ketika menulis artikel “Erti Sebuah Perkahwinan - Majalah Anis Dis. 2006″.

Ia bukanlah teori saya, tetapi sebahagian daripada pengalaman yang dikutip semasa mengendalikan kursus bersama Fitrah Perkasa. Pasangan yang pernah berzina sebelum bernikah, akan dihukum oleh Allah di dunia, sebelum hukuman Akhirat. Apakah ada ketenangan hidup, jika rumahtangga diselubungi prasangka? Itulah neraka dunia balasan zina, sebelum neraka Akhirat yang maha seksa lagi duka.

Namun bagi adik-adik yang mempunyai kesedaran Islam, cara mereka ‘menjaga hukum Allah’, penting untuk dipandu. Bukan apa, kadang-kadang cara merek menimbulkan kehairanan kepada saya. Syariat manakah yang mengajar Muslimat supaya menundukkan pandangan hingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor? Islam manakah yang mengajar Muslimat kita supaya bercakap seperti ‘warden penjara’ ketika berurusan dengan Muslimin, semata-mata kerana mahu menghayati kehendak Syarak agar mereka tidak melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah.

Bagi Muslimin juga, pelbagai karenah yang timbul. Kerana mahu menjaga Syariat, mereka langsung tidak berhubung semasa bertunang sehingga tidak kenal di antara satu sama lain. Maka terbatallah hikmah pertunangan yang dianjurkan oleh Islam. Kita menjadi seperti robot keras yang jika tidak A, maka B. Malah ada yang bertanya kepada saya, berapakah kadar panggilan telefon yang boleh dibuat dalam seminggu semasa bertunang? Pelbagai soalan ganjil dan matematika yang saya terima. Kepelbagaian tanda tanya inilah yang mengundang saya untuk berkongsi pengalaman agar adik-adik yang beriltizam dengan Islam ini dapat mencari contoh yang praktikal. Perkahwinan saya jauh daripada layak untuk menjadi contoh yang paling sempurna. Namun, pada satu dua benda yang baik, bolehlah diambil sebagai teladan. Mana-mana yang silap, jadikan sebagai sempadan.

Saya telah bertemu dengan banyak contoh pasangan yang sudah terlalu lama ‘mengikat’ hubungan tetapi lambat menuju perkahwinan, akhirnya kecundang di tengah jalan. Malah ramai yang berubah menjadi musuh. Hal ini, janganlah terlalu cepat dikaitkan dengan dosa, sebagai ‘hukuman dari Allah’ kerana pernah ada cela zahir atau batin antara kedua pasangan itu. Seorang lelaki dan seorang perempuan yang terlalu lama kenal tetapi tidak menyegerakan perkahwinan, akan dengan sendirinya berubah menjadi musuh akibat fitrah perhubungan itu sendiri.

Bagi pasangan yang berumahtangga, setahun dua yang pertama, biasanya indah dan ditambah lagi dengan kedatangan cahaya mata penyeri rumahtangga. Tetapi apabila masuk tahun ketiga dan keempat, hubungan suami isteri akan teruji. Mudah terjadi, suami mula mudah marah terhadap isteri. Manakala si isteri pula kerap tertekan dengan ‘warna sebenar suaminya’.Saya masih ingat kata-kata Profesor Abdullah al-Ahsan di UIA ketika mengulas tentang Romanticism, “kita selalu tidak rasional dan realistik semasa kita romantik!”. Mungkin di awal perkahwinan, romantik itu kuat mendominasi rumah tangga. Ketika itu suami fokus kepada isteri dan isteri pula fokus kepada suami. Tetapi ketika munculnya anak pertama, kedua-duanya beralih fokus kepada anak dan selepas muncul anak kedua, fokus itu perlu diubah suai lagi. Semasa itulah, rumahtangga lebih didominasi oleh tanggungjawab dan tugas. Seronok-seronok sudah berkurang sedikit. Tetapi ia adalah proses biasa.

Hubungan suami dan isteri boleh selamat dan terus memanjat usia matang pada tahun-tahun yang berikutnya. Selamat kerana proses itu berlaku di dalam perkahwinan, bukan di luar. Ini adalah kerana, perkahwinan sebenarnya menggabungjalinkan antara cinta, kasih sayang, tanggungjawab dan peranan. Ada hari air pasang, cinta memainkan peranan. Ada hari air surut, maka tanggungjawab dan kematangan pula mengambil tugas.

Akan tetapi bagi pasangan yang berkenalan semenjak di sekolah menengah, atau di matrikulasi, tetapi selepas tiga atau empat tahun, mereka masih belum berumahtangga, hubungan mereka akan melalui proses yang sama. Malangnya proses itu berlaku di luar perkahwinan. Cinta jadi derita, tiba-tiba sahaja satu perasaan yang pelik datang, dan dengan mudah, mereka akan memutuskan hubungan tersebut. Jemu, itu sahaja.

Sebab itulah, saya sering memberi dorongan kepada adik-adik bahawa, kita tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Janganlah berjinak-jinak untuk berkawan antara lelaki dan perempuan semasa di matrikulasi, jika kita sedia maklum yang ibu bapa tidak akan membenarkan perkahwinan, kecuali selepas tamat pengajian. Komitmen ‘atas angin’ yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan oleh emosi yang saya terjemahkan ia sebagai JEMU.

Syukur, saya terselamat dari ujian itu. Semenjak di Tingkatan 1, kehidupan saya di sekolah menengah amat sibuk. Pelajaran, disertai dengan usrah, gerak kerja persatuan, pertandingan-pertandingan yang disertai dan pelbagai aktiviti menjadikan saya terfokus kepada memanfaatkan umur ketika itu tanpa perlu ‘cuba-cuba bercinta’. Benarlah kata pepatah Arab:

“Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu”

Walau bagaimana pun, pasti sudah ramai yang telah pun berada di ’situ’. Sudah kenal. Sudah lama kenal.

Untuk mereka, janganlah pula pendapat saya ini menjadi alasan untuk cepat seseorang itu memutuskan perhubungan. Janganlah biarkan diri kita dipandu oleh keputusan-keputusan emosi semata-mata. Jika pasangan lelaki atau perempuan sudah baik agamanya, atau yang paling utama, sedia dididik dan mahu belajar, maka terimalah seadanya.

Saya cukup terkilan apabila mendengar ada dari kalangan adik-adik, khususnya Muslimah, yang terlalu mudah mengambil keputusan memutuskan hubungan semata-mata beralasan terasa ada kesilapan malah dosa yang terselit di celah-celah perkenalannya dengan seorang lelaki Muslim yang baik. Jika pernah buat silap, bawalah bertaubat dan bukannya dengan sewenang-wenang membatalkan hubungan. Ingatlah pesan Nabi SAW,

“Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kawinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas”. (HR. Tirmidzi)

Pesan saya kepada adik-adik di kampus, dalam soal perkahwinan ini, JANGAN TERGESA-GESA, DAN JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH.

salah Siapa ????

January 15th, 2007 by baiel

salam…

kaifa halukum? ana bilkhair alhamdulillah…

asas bagi institusi tarbiyah adalah tidak lain dan tidak bukan ialah " USRAH "..

institusi usrah pula mempunyai pelbagai kriteria yang perlu di ketengahkan agar ianya berjaya menjadi USRAH MUNTIJAH ..insyaAllah..

Di antara ciri2 nya ialah " kreatif & mampu menambat hati mad’u " semasa mengendali kan usrah…

bercerita berkenaan kreatif, teringat saya kepada satu persoalan ataupun rungutan…erm! saya pun confius..tapi ianya berbunyi begini..

" Anak2 usrah saya selalu tidak memberi komitmen yang baik…"

" anak2 usrah selalu datang lewat, dah lah lewat, lambat pulak tu..?? "

" Anak2 usrah kejap datang, kejap tidak…macam biskut ar pulak "

itulah diantara rungutan & persoalan yang sering saya dengari apabila duduk sembang dengan naqib2 yang pada saya…mereka cukup hebat dengan ilmu islam di dada…mahupun di luar negara…eh! ke situ pulak!!!!

biasanya saya akan tersenyum dan terus bertanya kepada diri sendiri…adakah perkara sebegini berlaku kepada diri saya???

" biarlah RAHSIA "….bkan Siti & Datuk K yer….hehe…

erm…justeru…saya juga akan mula mempersoalkan, dalam isu2 sebegini, siapa yang harus dipersalahkan, Naqib ke? anak2 Usrah ? Polis ke? Bomba ke?…atau apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan KESALAHAN….huhu????

setelah mengkaji dan melakukan beberapa eksperimen tanpa menggunakan alat2 dari CSI…akhirnya saya mendapat satu jawapan..

" Pada pendapat saya, masalah sebegini adalah berpunca dari Naqib yang tidak mampu membawa dan mengedalikan usrah dengan baik " akibatnya, anak2 usrah aka merasa bosan, dan tidak merasakan bahawa usrah itu penting, apatah lagi seronok…"

mungkin kita akan mengatakan bahawa….

" sepatutnya anak2 usrah itu seharusnya berfikir bahawa Tarbiyah ( Usrah ) ini penting !!!! "….

" Erm…pendapat saya lagi, sudah lupakah kita, bahawasanya anak2 usrah itu amat memerlukan bantuan kita agar mereka dapat memahami bahawa Tarbiayah itu penting ….Jika kita tidak memberitahu!!! mana mungkin mereka dapat berfikir mengenai perkara ( Kepentingan Tarbiyah ) tersebut…"

so..saya mencadangkan, agar kita bersama2 berfikir dan mencari pengalaman dari Nuqaba’ yang pakar, belajar dari mereka….

ataupun selalu2 lah lawati laman web " www.saifulislam.com "….

ingatlah….

" setiap dari kamu itu pemimpin, dan setiap pemimpin bertanggungjawab di atas kepimpinan nya "…

wallahua’lam….

Covey VS saiful Islam…

January 15th, 2007 by baiel

SALAM…INI ADALAH SEBUAH ARTIKEL YANG SAYA PETIK DARI SAIFUL ISLAM DI DALAM LAMAN WEB NYE ( www.saifulislam.com )

          

             " 7 Habits of Highly Effective Muslim "

                                                                                                                           

AL-QURAN MEMBETULKAN PARADIGMA  ( Habits 1 )

Ketika membaca surah al-Ahzab (33) ayat 21, saya termenung.

“Sesungguhnya bagi kamu, pada diri Rasulullah s.a.w itu ada suri teladan yang baik (uswah hasanah)…”

Jelas sungguh keterangan ayat ini. Rasulullah s.a.w adalah contoh terbaik. Tetapi jika ayat ini begitu jelas, mengapa ramai yang salah faham terhadap Rasulullah s.a.w?

Ada

salah faham yang didiamkan, banyak pula sekarang ni yang disuarakan.

Lihat sahaja kepada peristiwa yang diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud, ketika baginda s.a.w bertanya kepada Aisyah r.ah, “apakah ada makanan untuk dimakan?”. Aisyah menjawab, “tiada”. Maka baginda s.a.w bersabda, “jika begitu, maka hari ini aku berpuasa”.

Ya, jika Rasulullah s.a.w. itu suri teladan yang baik, teladan apakah yang boleh diambil dari sebuah rumah tangga yang seorang suami tidak dapat menyediakan makanan untuk dimasak oleh si isteri? Apakah rumah tangga ini yang layak menjadi contoh rumah tangga terbaik? Dalam konteks definisi “rumahku syurgaku” hari ini, saya yakin ramai yang gelisah untuk mengambil contoh dari rumah tangga yang dapurnya tidak berasap ini.

Gelisah…

Kegelisahan ini tambah sulit apabila ilmu sains politik hari ini mendesak agar kuasa menggubal undang-undang, kuasa melaksanakan undang-undang dan kuasa kehakiman, ketiga-tiga bidang kuasa ini mesti berasingan dan tidak boleh ada di tangan satu pihak atau individu. Jika tidak, pemerintahan semacam itu adalah pemerintahan diktator. Ya, jika definisi ini diterima sebagai definisi sebuah pemerintahan yang adil, maka adilkah pemerintahan Rasulullah s.a.w? Bagindalah yang ‘membuat undang-undang’, baginda jugalah yang melaksanakannya dan jika ada kesalahan dan perlanggaran akta, maka baginda jugalah hakim yang memutuskan hukuman, maka tidakkah ini contoh sebuah pemerintahan yang diktator?

Bahaya, bahaya…

Isu ini bukan saya reka untuk mengundang gelisah kita semua, tetapi sekurang-kurangnya kumpulan The Young Ottoman, anak-anak muda yang ‘dibiayai pengajian mereka oleh kerajaan’ Othmaniyyah pada kurun yang ke 19, sudah pun merasa gelisah dengan hal ini. Mereka balik sebagai saintis yang mempunyai idea sains, dan idea terhadap survival negara hasil Revolusi Perancis (1789 - 1799). Pada mereka Sultan Osmanli adalah diktator kerana mewarisi corak pemerintahan kuasa berpusat, yang diamalkan sebagai warisan pemerintahan Rasulullah s.a.w.

Ya, adakah contoh pemerintahan seperti ini, layak menjadi uswah hasanah bagi kita hari ini?

Jika mahu diselongkar keraguan masyarakat terhadap SUNNAH, jumlahnya berderet-deret. Malah banyak pula yang mengejutkan kita.

Seperti seruan Sisters in Islam kepada keperluan mentafsirkan semula al-Quran, dengan alasan mufassir klasik Islam semuanya lelaki belaka, sebab itu bias terhadap wanita! Aduh, hampir terkena serangan jantung saya dibuatnya. Semasa saya membaca Tafsir Ibn Katheer dan al-Thabari atau al-Qurthubi, tidak pernah terlintas di fikiran saya selama ini apakah jantina ahli tafsir itu. Apa yang dilihat adalah hujah, bukannya jantina. Tetapi hari ini ia jadi isu.

Jika isu ini tidak diselesaikan, susahlah agama mahu disebarkan kepada orang ramai. Bawakanlah sederet nas-nas yang sahih, semuanya disalah ertikan.

Mengapa?

Paradigma… cara berfikir, cara melihat sesuatu.

Maka keluarlah pepatah yang sering saya ulang, “what you see is what you get. Who you are determines how you see“. Apa yang kamu lihat, itu yang kamu dapat. Siapa kamu, menentukan bagaimana kamu melihat!

Di sinilah saya mahu berkongsi contoh, bagaimana al-Quran mengemukakan set pemikiran yang betul supaya Rasulullah s.a.w itu dinilai dari pandangan dan pemikiran yang betul. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang baik. Iaitulah bagi orang yang (1) meletakkan harap (matlamat) hidupnya hanya kepada Allah, (2) meletakkan harap (ganjaran kerjanya) pada Akhirat, dan (3) secara konsisten berkekalan mengingati Allah sebanyak-banyaknya” [Al-Ahzab 33: 21]

Benar, tidak semua orang boleh menghargai Rasulullah s.a.w sebagai teladan yang baik. Perlu ada muqaddimah pada paradigma pemikirannya sebelum kehebatan dan kebaikan junjungan mulia s.a.w. dapat dihargai. Seorang yang boleh menghargai Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan ini, perlulah berfikir dengan 3 asas pemikiran iaitu:

1. Hidupnya bermatlamatkan Allah.

Tujuannya Allah. Hidup untuk melaksanakan TUJUAN, akan bertolak ansur terhadap KEPERLUAN. Ukuran kejayaan rumah tangga di zaman Nabi s.a.w. bukanlah pada keupayaan suami memenuhkan peti ais dan memastikan 3 pinggan lauk terhidang setiap kali makan. Soal makan apa, tidak menjadi persoalan di zaman itu. Malah najis umat Islam di era itu tidak jauh beza dengan najis unta kerana makanan mereka tidak banyak berbeza! Sebab itulah, uswah hasanah rumah tangga Nabi s.a.w. tidak ada kena mengena dengan menu hidangan. Uswah hasanahnya adalah pada keelokan pergaulan dan layanan baginda s.a.w. kepada ahli keluarganya, adab dan sopan yang diamalkan dan senarainya panjang pada panduan Bait Muslim berasaskan SUNNAH.

2. Ganjaran amal adalah pada ganjaran Akhirat.

Fitrah manusia apabila bekerja, dia mengharapkan hasil dan ganjaran. Maka seorang yang boleh mengambil Rasulullah s.a.w. sebagai suri teladan yang baik, mengutamakan ganjaran Akhirat berbanding dunia. Tanpa Akhirat, kita lemah semangat untuk terus berbuat kebaikan tanpa mendapat sokongan, galakan dan pujian warga dunia. Walhal kita lupa, Allah SWT yang Maha Baik itu pun jarang disyukuri dan dihargai. Siapa sangatlah kita untuk kebaikan yang dilakukan mendapat pujian? Namun, sekecil-kecil kebaikan pun, akan diperlihatkan dan diberikan balasan kebaikan, pada sebuah kehidupan bernama Akhirat. Jika ini menjadi pertimbangan kita, maka barulah kita boleh menghargai saranan Nabi s.a.w. agar mengalihkan kayu dari menyakiti pejalan kaki di jalanan, senyum dan salam kepada insan yang ditemui, dan pelbagai benda ‘remeh temeh’ dan kecil halus itu. Ia besar, bagi sebuah penilaian Akhirat.

3. Berkekalan dan banyak mengingati Allah.

Seorang itu harus sentiasa hidup dalam keadaan sedar dirinya berTuhankan Allah. Dia melakukan setiap satu perkara, seolah-olah dia melihat Allah. Seumpama seorang yang menjawab soalan peperiksaan ketika mana guru subjek tersebut berdiri berpeluk tubuh di depan mejanya memerhatikan jawapan yang ditulis! Tentu kepala kuat memerah mencari jawapan terbaik. Tentu segera timbul rasa menyesal kerana tidak menbaca betul-betul. Tentu masa itu juga sudah siap terasa malu sebelum keputusan peperiksaan diumumkan. Atau sekurang-kurangnya merasa diri dilihat Allah. Inilah yang dimaksudkan sebagai “the consciousness of the Creator“, yang terhasil sebagai hikmah galakan basmalah pada setiap awal amal.

Jika watak-watak ini ada bagi seorang insan, nyata dan teranglah pada dirinya kehebatan dan keunggulan Sirah Rasulullah s.a.w. sebagai uswah hasanah, kerana pemikiran dan paradigmanya sama. MELIHAT KEHIDUPAN DARI PANDANGAN PENCIPTA KEHIDUPAN!

Dan al-Quran serta al-Sunnah banyak melakukan hal ini iaitu membetulkan cara berfikir sebagai muqaddimah Syariah.

Izinkan saya untuk menumpukan tulisan dan ceramah pada aspek ini, agar kehebatan Islam dan keagungan teks al-Quran dan al-Sunnah tidak disia-siakan oleh cara berfikir yang salah.

Atas titik itu, 7 Habits of Highly Effective Muslim saya mulakan dengan tajuk PARADIGMA dan PRINSIP KEHIDUPAN.