salam…
Bersempena dengan tahun Melawat Malaysia 2007 ni, saya pun mengambil kesempatan untuk menyamar menjadi "mat saleh celup".. melancong dan bersiar2 di kawasan pelancongan negeri melaka…
erm..almaklumlah, dah hampir 3 tahun tak melawat " My Own Home Town"…so…sebelum bertolak, better saya listkan beberapa bekalan yang saya bawa semasa melawat negeri melaka:::
- MP4 ( yang baru sebulan beli kat low yat…huhu )
- Sikat….( naik motor kan…)
- Beberapa note RM 1…( Bukan nak shopping pun,…)
- HP Nokia…..( Full Baterry….handset mahal2 dgn Kredit yang banyak takkan berguna tanpa battery yang EMPTY….)
- Kain lap Muka…( banyak asap tu….)
- Juga wallet + IC + Lesen B2, D + ATM Cards…huhu…
so..tu lah dia keperluan yang di bawa….
kata orang, " Melawat Melaka beerti melawat Malaysia"…is it realy….????
so perjalanan bermula jam 4.45ptg selepas menunaikan solat 4 rakaat beramai2 di surau berdekatan…dengan menunggang motorsikal jenama KRISS MODENAS 100cc, saya menunngang sambil membaca Al-mathurat sughra…( Alhamdulillah suatu amalan yang sentiasa saya amalkan semasa pergi dan pulang dari kerja….)…
lokasi pertama, sudah semestinya di bandar Hilir, saya mula mencari PARKIR ( bahasa Indon ), erm! bayaran yang agak mahal pada saya..RM100.00 tau….untuk Seratus buah motor la…..huhu….
selesai parking dan lock segala yang ada, 2 lubang teligan saya pun disumbat dengan sepasang earphone yang berjenama SONY…MP4 pun di mainkan…kedengaran lagu selawat nyanyian NOW SEe Heart…( antum patut beli CD NOw See Heart ni…huhu…)…
Pasaraya MAHKOTA PARADE menjadi agenda pertama saya…sedikit latar belaknag mengenai MAHKOTA PARADE….
MAHKOTA PARADE ( MP )
MAHKOTA PARADE atau nama manjanya di bibir rakyat MELAKA ialah MP..pasaraya yang serba lengkap ini sudah hampir 12 tahun usianya, namun tetap teguh dan mantap serta mampu menarik ramai manusia tidak kira dari melaka, KL,JB, mahupun Singapura khususnya. Terdapat pelbagai kelengkapan termasuk SURAU yang cantik dan selesa…Kepelbagaian jenis store, Kawasan BOwling yang Luas, kedai makan Foodcourt yang berpatutan dan aktiviti yang menarik di Pentas, sentiasa menjadikan MP sebagai lokasi kekal kepada para pengujung yang singgah di bumi hang tuah ini…
objektif saya ke MP, adalah untuk mencari kemali rakan2 yang ramai saya kenai di sana ..ada yang bekerja di bowling, di kedai2 makan, mahupun di store pakrso yang ada…alhamdulillah ada jugak yang masihmengenali diri ini….
hampir sejam meronda seorang diri sambil mendengar alunan nasyid di telinga…saya pun mula bosan dengan kesesakan pengunjung yang kian ganas…..wowrgh!!!!!! ( mcm eragon!!! )
seterusnya…saya melintas jalan utama BANDA HILIR untuk pergi pula ke suatu pasaraya yang baru sebulan di buka rasaya, pasaraya ini di beri nama " Dataran Pahlawan Mall "….
DATARAN PAHLAWAN MALL
So, DATARAN PAHLAWAN MALL ( DPM ), merupakan sebuah pasaraya yang baru di bina, ianya berkedudukan di bawah tanah…tapi atas nya bukan tanah pun…kedudukan dia jer….
sebagai makluman, sebenarnya DPM ini di bina di kwasan bekas padang bola sepak, padang tersebut juga merupakan TREK untuk KERETA LEMBU yang di bina khas untuk para pelancong yang mahu merasakan keenakan menaiki kereta lembu….ana sendiri tak pernah naik…
apa yang menariknya, DPM ni dapat menghubungkan jalan UTAMA bandar hilir dengan kawasan bersejarah A’FAMOSA…sekurang2 nya pengunjung dapat membeli belah sambil menuju ke kawasan A’FAMOSA tersebut…bijak2….pakcik ali rustam ni yerk…. so saya tidak lama di DPM…kerana apa yang ada hanyalah store2 biasa yang rasanya hampir sama di MP…so saya pun menjejak kan kaki ke bahagian belakang DPM pula…iaitu kawasan BERSEJARAH….saya memulakan nya dengan " LIGHT & SOUND"….
LIGHT & SOUND
erm…pelik juga bunyi nyer yer…LIGHT & SOUND???? Gapo dio tu… tanya orang kelantan….
sebenarnya LIGHT & SOUND adalah suatu tempat yang kedudukan nya betul2 di tengah2 tempat BERsejarah A’FAMOSA, ianya hanyalah sebuah GRANDSTAND yang dilengkapi dgn tempat duduk ( dlm bahasa melayu dipanggil kerusi…), Sound system yang hebat, dan lampu yang brada d merata2 kawasan Bersejarah A’FAMOSA…
LIGHT & SOUND ni kalau tak silap saya dah wujud pada zaman saya kecil2 lagi…ianya beroperasi paa waktu malam sahaja, pada umumnya, setiap pengunjung akan duduk di kerusi yang di sediakan dan akan diperdengarkan cerita2 berkenaan Melayu Melaka seperti Hang Tuah, Portugis, dan sebagainya …
sambil mendengar, lampu2 yang berbagai warna juga akan menyala di kawasan2 tertentu, depend kepada cerita yang diperdengarkan, untuk merasai kehebatan LIGHT & SOUND…jom pi melaka yer….
oleh kerana saya berada d kawasn LIGHT & SOUND pada jam 6.15pm, maka saya hanya mampu berangan je lah di grandstand tersebut…. seterunya…saya akan memanjat bukit di kota A’FAMOSA….
KOTA A’FAMOSA
Kota A’FAMOSA amat sinonim dgn negeri melaka, kadangkala ia bertindak sebagai SIMBOL negeri melaka. Oleh kerana agak Slow dalam bidang Sejarah, so saya tidak dapat menceritakan apa2 ttg kota ini…yang pasti kota ini mmg masih kukuh walaupun usianya sudah menjangkau ratusan tahun….ish! Ish!!!
so..saya terpaksa memanjat bukit A’FAMOSA untuk melihat bagunnan yang terdapat di bukit tersebut…di atas bukit tersebut anda dapat melihat ramai anak2 seni…bukan nama bapak dorang SENI yer… tapi anak2 melayu yang berjiwa SENI…mereka ada yang melukis, mengukir dan sebagainya…hasil keseinan itu di jual kepada pelancong yang ada…dengan harag yang berpatutan…huhu….
dari atas bukit itu, dapatlah saya lihat kecantikan BANDA HILIR melaka, termasuk lah sebuah pulau Buatan yang di beri nama PULAU MELAKA….di atas bukit itu juga terdapat patung2 british yang sengaja doran tinggalkan, maybe berat sanagt kot…sampai tak larat nak pikul bawak balik….huhu…
saya tidak boleh lama di situ, bukan kerana " aura british " mahupun "Portugis "….tetapi jam dah menunjukkan kepada 6.55pm… its time for solat maghrib…ada perkara yang lebih utama perlu diselesaikan… saya mengambil kesempatan ini untuk solat di masjid baru yang telah dirasmikan oleh agong malaysia ( sebelum dia letak jawatan baru2 ni….)…masjid itu di beri nama " MASJID SELAT MELAKA "….
MASJID SELAT MELAKA
Masjid Selat Melaka merupakan sebuah masjid yang rasanya2 pekerja indon yang uat kot…ianya di bina betul2…benar2…dan realy2 di tepi pantai kepulauan PULAU MELAKA ( Pulau Buatan )…
keindahan masjid yang baru dan selesa itu semakin terserlah dan semakin keterlaluan apa bila kedudukannya yang benar2 ditep pantai..jika kita berdiri di anjung masjid di sebelah bahagian pantai..kita akan merasakan bahawa kita sedang berada di sebuah kapal berbentuk masjid yang sedang berlayar di teian pantai selat melaka…pergh!!! layan giler ar….
tatkala itu juga saya mendail nombor +6013-7110180, nombor akhi zakri…" hehe,….Zakri…jom jaulah ke Melaka…huhu"….
lama jugak borak dengan zakri sambil di tiup angin sepoi2 bahasa arab komunikasi….relax jer…perbualan kami di hentikan dgn tasbih kafarah dan surah al-asr…huhu…dasat tue,…..
saya masih lagi duduk merenung jauh di lautan selat melaka, kelihatan beberapa buah kapal besar ( kargo kot ) yang sudah pastinya tidak bisa untuk melihat saya…
subhanallah….indahnya ciptaan Tuhan….
aktiviti TERMENUNG saya ter PAUSE akibat di belah kekuatan bunyi dan laungan azan maghrib….
nasib baik tiada ayat …. " Assolatu Khairum minat TERMENUNG "…
kalau tidak , sudah pasti ia memalukan semua insan yang sedang dok termenung macam saya…cantiknya Ciptaan Tuhan…
Subhanallah…!!!
selesai solat maghrib beramai2, saya memulakan perjalanan seterusnya ke Melaka Sentral, adik angkat sepupu sebelah ipar duai KL SENtral….
MELAKA SENTRAL..
Melaka Sentral atau nama timang-timangan nya MC adalah sebuah pusat pengangkutan yang paling efektif dan tercanggih manggih di malaysia..di iktiraf oleh saya sendiri…
MC berada di kawasan PERINGGIT / Batu Berendam…ianya dapat menempatkan pelbagai jenis bas tidak kira yang Domestik mahupun luar dari melaka…kawasan sekitar yang dilengkapi dgn penghawa dingin, kedai2 store yang pelbagai, dan kedudukan bas yang tersusun memudahkan sesiapa sahaja yang pertama kali bertandang di bumi hang jebat ini…
cuma, pada hari sabtu dan ahad…kawasan sekitarnya akan seolah2 seperti di jakarta mahupun bandung,…kerana ramai org indon akan dok melepak di situ….berhati2 yer dgn mereka….
oh ya! di MC juga terdapat sebuah JEJANTAS yang paling UNIK pernah di lihat…kalau nak tahu..datanglah ke MC yer….pasti ketahuan nanti….huhu
saya tidak bercadang untuk lama di situ…kerana saya datang dgn motosikal, bukan dengan bas…so saya meneruskan perjalanan ke belakang MC, menurut mami ( emak ) saya, terdapat pasaraya RAKSAKSA yang baru di buka di situ…alah!!! GIANT lah…..
GIANT MELAKA
saya pun dengan tidak tersengaja telah melalui hadapan GIANT tersebut…masyaALLah, bagaikan Culture Shock orang di melaka, yelah…1′ts time jumpa GIANT….penuh dan sesak GIANT ada malam tersebut…sehingga saya pun tertarik dan turut JAKUN bersama orang melaka…
actually, saya terlihat terlalu banyak kaunter jualan iCE-CREAM yang murah2 belaka, ala yang RM 0.99 sen jer tu…saya pun tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan ice-cream2 tersebut…. apa yang mengejutkan, ramai di kalangan makcik2 yang berbakul beli ice-cream tersebut…ish! Ish!…nak tergelak pun ada rasanya….
sambil makan ice cream..saya sempat meninjau apa yang menarik di GIANT kali ni…erm…ternyata mcm2 ada….ada HP yang berharaga RM 69.90 sen jer, ada TV 29 inch yang berharga RM 129.90 jer… dan mcm2 lagi…rata2 pelanggan yang keluar dari GIANHT akan membawa bersama sebuah kotak TV 29 inch…huhu
selesai makan ice cream ( berapa banyak saya makan…tu rahsia kerajaan negeri melaka…huhu…)…
saya pun mula melangkah untuk pulang ke rumah…kerana hari sudah malam..takut mami risau pulak nanti..dan lagi pun sekejap lagi akan tiba masa untuk " Jemaah Mat REmpit " beraksi…
so..sebelum saya di syaki menjadi anggota mereka, lebih baik saya balik ke rumah rehat bersama keluarga….
actually, banyak lagi kawasan dan tempat bersejarah dan juga yang akan bakal menjadi sejarah di muka bumi hang kasturi ini…
dalam perjalanan pulang, macam2 yang dapat saya simpulkan….
diantara nya…
- lagi banyak kawasan2 Pelancongan yang di bina, lagi banyak kawasan MAKSIAT yang dapat di bina…
- dan makin ramai manusia leka untuk ke sana kemari tanpa hala tuju ( mcm mat indon ) tadi…
- makin seronok " Jemaah Mat Rempit " beraksi demi mem"publicity"kan diri mereka di khalayak ramai….
- Semakin jauh " Bi’ah Solehah " daripada kehidupan manusia…
tetapi…perlukah kita salahkan KERAJAAN kerana membina ini semua…??? " antum lebih mengetahui nya " !!!!
sekian sahaja rancangan "Jalan2 cari Sejarah" kita pada hari ni…
bai : dah plan nak ajak zakri, ‘umayr dan sesiapa yang berminat untuk melancong sambil memziarah sahabat di melaka dan KUTKM khususnya…..
sehingga berjumpa lagi….